Monday, January 31, 2011

Cinta Allah VS Cinta Manusia

...Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam...
Syukur pada Dia yang mengurniakan rasa cinta dan kasih sayang dalam diri manusia. Dengan cinta dan kasih sayang Dia juga kita masih menikmati hidup yang tidak lama mana ini.
 
Cinta dan kasih sayang adalah fitrah. Perasaan semula jadi yang tumbuh dalam jiwa setiap hamba. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, maka banyak intepretasi boleh dilakukan untuk mendefinisikan cinta mengikut perspektif individu sendiri. Kata orang, cinta itu tiada syaratnya. Untuk jatuh cinta tidak memerlukan peraturan dan penetapan terhadap seseorang individu. Kalau la seseorang itu meletakkan syarat di luar alam realiti yang sewajarnya tentu saja kita takkan melihat ada pasangan yang berbeza-beza. Si cantik itu bisa saja berpacaran dengan si kurang kacak dan si dungu itu bisa saja bercinta dengan si bijaksana. Itu cinta sesama manusia. Tapi bagaimana dengan cinta kepada Allah? Punya syaratkah? Punya peraturankah?

Hadis di atas menjelaskan seseorang yang dapat melakukan ketiga-tiga perkara tersebut akan merasai kemanisan iman(halawatul iman), iaitu melakukan ibadah dengan ikhlas. Ini kerana ia merasakan ibadah yang dikerjakan adalah untuk kepentingan dirinya juga.

1. Mencintai Allah dan Rasul melebihi selain kedua-duanya.
Cinta kepada Allah dan rasul haruslah melebihi apapun yang ada di sekeliling kita. Cinta kepada Allah dan rasul seharusnya menjadi cinta pertama di tingkat tertinggi. Ia boleh dilaksanakan dengan menunaikan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Namun, ini tidak bererti kita tidak boleh meletakkan cinta kita selain daripada Allah dan rasul. Tapi harus diingat bahawa cinta yang ada di dunia ini tidak akan berkekalan kerana orang yang kita cintai mungkin lebih dulu meninggalkan kita. Allah dan rasul mencintai kita selama mana kita mencintaiNya. Cintakan akhirat tidak bererti bahawa dunia perlu dilupakan kerana dunia adalah sarana untuk mendapatkan kehidupan yang baik di akhirat seperti sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Dunia adalah sawah ladang akhirat." Allah turut berfirman dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud: "“Dan tuntutlah serta carilah apa-apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan akhirat) dan janganlah kamu lupakan bahagianmu (kenikmatan) duniawi..”

2. Mencintai dan membenci seseorang kerana Allah
Seseorang itu dicintai dan dibenci bukanlah kerana keduniaan seperti membenci si polan kerana miskin atau buruk rupanya. Tetapi kecintaan dan kebencian itu adalah berdasarkan syariat Allah. Sebaiknya, seseorang itu dicintai bukan kerana ia kacak lagi kaya tetapi kerana taat kepada perintah Allah. Dan seeloknya seseorang itu dibenci kerana melakukan kemaksiatan bukannya kerana dia hodoh atau bodoh. Orang yang menyandarkan cintanya kepada seseorang kerana Allah mempunyai iman yang sempurna.

3. Membenci kekufuran setelah diri beriman.
Orang yang benci dan takut terjerumus ke lembah maksiat akan merasai kenikmatan iman. Oranng sebegini akan sentiasa berhati-hati dalam tindakan yang diambil dan memikir baik buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya.
Cinta menjadi buta apabila didasarkan kepada nafsu semata-mata. Syirik boleh berlaku sebagai consequencenya walaupun sekadar syirik kecil. Syirik ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang licin pada malam yang gelap gelita. Dan sekecil-kecil syirik ialah mencintai seseorang itu kerana kekurangannya dan membenci seseorang itu kerana keadilannya.
Apabila benci kepada kekufuran seperti mana benci dicampakkan ke dalam neraka, perlu adanya usaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menjerumuskan diri ke neraka.

Mencintai Allah adalah puncak cinta tertinggi. Sebelum mencintai insan yang bergelar manusia, harus ditanya sama ada diri sudah memberi cinta kepada Dia atau belum. Adakah insan yang ingin dicintai itu mampu mengalirkan cinta Dia kepada kita. Adakah insan yang ingin diberi cinta itu juga sudah benar-benar mencintai Dia? Jawapan itu, kita temui dalam hati kita sendiri. Lalu, fikir-fikirkan; cinta mana lebih utama.
 
CINTA ALLAH atau CINTA MANUSIA...